Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki

Pelik? aku pun pelik bila baca tajuk ni? bukan aku yang letih jadi lelaki (ape korang ingat aku trans ke??)sebenarnye ‘Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki’ adalah tajuk sebuah buku yang baru aku usai membacanya (dan juga buku yang baru aku beli,tak tau ada kat pasaran ke tak, sebab kwn aku poskan utk aku) malam tadi. penulisnya adalah kawan aku sendiri PemainBahasa & kawannya Mitos Sperma Amerika.

membaca buku ini membuatkan aku…..haaa…semacam perasaan orang bercinta yang da bersaat2 atau berminit2 atau berhari2 atau berbulan2 tak dapat jumpe dengan kekasihnya..macam tu la perasaan aku bile baca buku ni, bukan aku nak kata buku ini bagus sangat, tapi gaya penulisannya membuatkan aku teruja…kerana ia lain dari yang lain..aku suka membaca, dari kecil (kerana aku sudah tahu membaca sejak aku berumur 4 tahun, mak aku yang ajar, adik beradik aku yang lain pun sama)

aku mula membaca novel2 tebal (Creative Enterprise, sbb mak aku rajin beli atau pinjam dr kwn dia) sejak aku darjah 4, Sindora…Ayahanda..tah byk sgt dan aku tak ingat. semuanya mcm makanan aku..tapi ada masanya aku baca gak komik2 yang famous masa tu (Gila-Gila). Masuk Tingkatan 1 aku mula di sogokkan dengan novel2 Ahadiat Akashah n Zuraidah Othman, masa tu mcm trend semua org baca buku dia, termasuk aku..dan aku kumpul duit untuk beli novel2 tu (yang sekarang da jadi koleksi)

Masuk Tingkatan 2 aku kawan plak dgn kwn2 yang minat baca komik mcm Pedang Setiawan, Alam Perwira, Anak-Anak Wira….best woo dia punya aksi, aku selalu imagine kalau aku dapat buat citer real mcm tu…tapi masa tu kalau aku ada masa terluang aku baca n cari lagi novel terbaru…

aku pernah dpt satu anugerah kerana minat aku yang satu ni, ingat tak program NILAM yang di buat kat sekolah dulu2 tu? aku dapat anugerah pingat Perak untuk peringkat daerah…sambutan kempen tu tak sehebat mana, sebab ramai orang tak suka membaca..

minat aku yang bertahun2 tu terjaga sampai la aku umur 20..aku still ada masa baca novel n ape2 buku la masa diploma dulu.tapi sejak aku di USM, aku da takde masa nak membaca buku lagi…kalau sebulan boleh di kira atau takde sebuah novel pun yang dapat aku baca…kadang2 aku rasa macam ada yang kosong je dalam idup aku…tapi nak buat mcmane kekangan masa membuatkan aku terpaksa melupakan minat itu…

berbalik kepada ‘Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki’, ini adalah buku yang aku baca setelah berbulan2 aku tak baca buku berbentuk sebegitu…yang lainnya buku kuliah..aku tak nak cerita lagi pasa buku ni, sebab aku ingin mengulang baca buat kali ketiga…baru aku akan ulasnya utk kalian…

akhir kalam, jika aku berkesempatan pasti aku akan kembali ke sini utk ‘Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki’……….

Leave a Reply